LAPORAN AKTIVITI MEMBERSIHKAN TONG DAN MENGUMPUL SERTA MENJUAL BAHAN KITAR SEMULA
Pada 11 Februari 2014, jam 5.30 petang, Skuad Kitar Semula IPG Lestari Kampus Pendidikan Teknik telah memulakan tugas dengan membersihkan tong kitar semula yang diletakkan di hadapan kafetaria. Mereka memulakan tugas dengan mengutip bahan-bahan yang terdapat di dalam tong kitar semula tersebut. Terdapat banyak bahan-bahan kitar semula yang telah di letakkan di dalam tong yang betul tetapi ada juga segelintir pelajar yang kurang kesedaran mengenai kitar semula telah membuang bahan-bahan yang tidak sepatutunya di dalam tong kitar semula seperti sisa makanan. Oleh itu, kami terpaksa membersihkan tong kitar semula itu dengan teliti supaya tiada kesan-kesan dan bau yang tidak sepatutnya tertinggal pada tong tersebut. Tugas mereka pada aktiviti ini diakhiri dengan menjemur dan menterbalikkan tong kitar semula di belakang kafetaria sebelum meletakkannya semula di tempat asal.
Terdapat beberapa ahli jawatankuasa guru pelatih dan pensyarah penasihat yang terlibat dalam aktiviti tersebut antaranya ialah :
Penasihat : Pn Salmiah Md Salleh
Ahli : Matematik
1. Mohd Nazri Bin Merikan 3P MT 1 (KETUA)
2. Nuraziha Binti Mohamad Sahran 3 PISMP MT 1
3. Nurhidayu Binti Abdul Aziz 3 PISMP MT 1
4. Dg Siti Hasanah Binti Hassan 3 PISMP MT 2
5. Francisca Jonis 3 PISMP MT 2
6. Nur Hazirah Binti Mohamed Hairi 3 PISMP MT 2
7. Siti Khairunnisa Binti Sabri 3 PISMP MT 2
8. Mohd Farizal Bin Nazri 3 PISMP MT 2
Pada 13 Mac 2014 pula, jam 4.30 petang, ahli jawatankuasa tersebut telah memulakan tugas dengan mengasingkan bahan kitar semula yang telah dikumpul mengikut jenis bahan iaitu kertas, tin aluminium dan kaca serta botol plastik. Sejurus selepas itu, pensyarah penasihat Skuad Kitar Semula, Puan Salmiah dan wakil Skuad Kitar Semula telah menghantar bahan-bahan tersebut ke kedai yang menjual dan membeli barang-barang lama, besi, aluminium, tembaga, tin-tin, kertas, kotak, plastik dan banyak lagi. Hasil daripada jualan 10kg bahan kitar semula tersebut, skuad Kitar Semula telah memperoleh sebanyak RM6 bagi jualan yang pertama.
Semoga program IPG Lestari ini dapat memupuk kesedaran yang tinggi kepada setiap pelajar di IPG Kampus Pendidikan Teknik tentang kepentingan untuk kita mengitar semula bahan-bahan yang dapat dikitar semula seperti kertas, botol plastik dan kaca serta tin aluminium.
LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI MEMBERSIHKAN TONG KITAR SEMULA

LAPORAN PROGRAM KELESTARIAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK 2013
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek (IPG KPT) mengamalkan enam polisi eko, antaranya ialah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti amalan bersenam dan berjalan kaki, makan makanan yang sihat, kampus tanpa polistirena, mengurangkan sampah dengan amalan kitar semula seperti penggunaan kertas terpakai sebagai draf mencetak, pembayaran secara atas talian, menggunakan e-hebahan secara atas talian dan membina bahan bantu mengajar menggunakan bahan terpakai. Pelbagai aktiviti kelestarian telah dijalankan oleh institut sepanjang tahun 2013.
Pada 8 Julai 2013, majlis pelancaran Hari Kitar Semula peringkat IPG KPT telah diadakan semasa perhimpunan bulanan. Hari Kitar Semula ini adalah satu projek Persatuan Alam Sekitar IPG KPT yang dianggotai oleh guru-guru pelatih semester 6. Hari Kitar Semula ini bertujuan untuk memupuk sifat cintakan alam sekitar dalam kalangan warga kampus melalui aktiviti mengitar semula bahan. Dalam majlis tersebut, Persatuan Alam Sekitar telah diwar-warkan usaha mereka untuk menggalakkan aktiviti kitar semula kepada para warga kampus.
Majlis pelancaran ini telah mendapat kerjasama dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Negeri Sembilan yang telah menyediakan 1 set tong kitar semula untuk gimik pelancaran. Selain itu, brosur-brosur telah diedarkan kepada hadirin untuk memberi maklumat tentang kepentingan aktiviti kitar semula terhadap alam sekitar.
Pada 6 September 2013, seramai 30 orang pelajar PISMP TESL semester 2 telah terlibat sebagai sukarelawan sempena Program Green Day di English Language Teacher Training Centre (ELTEC), Bandar Enstek. Mereka menanam kira-kira 30 batang pokok di kawasan blok berhampiran kafetaria. Peserta telah diberi pendedahan tentang cara penanaman pokok dan pembinaan lanskap.

Pada 17 September 2013, pelajar PISMP Sains semester 4 telah menyertai lawatan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang bertempat di Kepong, Selangor. Seramai 27 orang pelajar dan 2 pensyarah sains terlibat dalam lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk memahami peranan FRIM dalam pemuliharaan ex situ spesies hutan di Malaysia.
Pengisian lawatan antaranya sesi taklimat Peranan FRIM oleh Dr Lee Soo Leong, Pegawai Penyelidik di Unit Bioteknologi. Beliau memberi penerangan tentang peranan FRIM untuk memulihara dan memelihara spesies tumbuhan hutan di Malaysia. Beliau juga menerangkan tentang spesies pokok yang diancam kepupusan akibat bencana alam dan akibat pembalakan haram dan menjelaskan tindakan FRIM menanam semula pokok-pokok itu menggunakan benih yang bermutu dan dijaga dengan rapi supaya spesies tersebut dapat membesar dengan sempurna. Beliau juga menerangkan kaedah analisis DNA bakuk kayu balak yang ditinggalkan dapat membantu kita untuk mengenalpasti kayu balak yang dicuri. Dengan cara ini, aktiviti pembalakan haram dan penjualan haram hasil balak dapat dikurangkan.

Kemudian, para pelajar dibawa ke makmal bank benih FRIM. Pelajar berpeluang mengenali spesies-spesies yang tidak pernah ditemui seperti durian hutan, durian mawas, dan pokok angsana. Terdapat bilik sejuk bersuhu 0 darjah Celsius untuk menyimpan hampir satu ribu biji benih berlainan spesies dan akan digunakan apabila proses pemuliharaan ingin dijalankan. Selain itu mereka turut mengekstrak biji benih dan menganalisis kandungan DNA tumbuhan untuk pencirian biji benih.
Pelajar juga dibawa ’jungle trekking’ untuk melihat keindahan flora di hutan simpan FRIM itu. Terdapat pelbagai spesies hutan yang unik di hutan FRIM tersebut. Antaranya, pokok buluh yang bersaiz luar biasa, pokok yang membentuk kanopi dan daun antara pokok dan pokok tidak bercantum membentuk seperti crown. Keindahan flora di hutan simpan ini amat mengagumkan.

Pada 28 September 2013, IPG KPT telah mengadakan program Hari Hijau dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertemakan “Kekalkan Kehijauan, Nikmati Udara Bersih, Elakkan Bencana Alam”. Program ini bertujuan untuk menghijaukan persekitaran kampus dengan menanam pokok secara gotong royong. Semua warga kampus telah terlibat dalam gotong royong tersebut. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah bermurah hati menyumbang pokok-pokok lanskap dan pokok buah-buahan untuk menjayakan program ini.
Hari Hijau diadakan dengan hasrat memberi kesedaran kepada semua warga kampus betapa pentingnya menghijaukan bumi untuk memastikan persekitaran kekal sejahtera dan dapat menyokong hidupan. Lebih banyak pokok bermakna udara lebih bersih dan kesan pemanasan global akan dapat dikurangkan. Pada program tersebut, seramai 700 pensyarah, staf dan guru pelatih terlibat menanam kira-kira 760 pokok di perkarangan kampus.

Gotong royong menanam pokok di sekitar kampus ini telah berlangsung dengan jayanya. Para peserta gotong royong menunjukkan semangat kerjasama dan kecintaan alam sekitar yang tinggi dalam program tersebut. Semoga semangat ini dapat dikekalkan dalam kalangan guru pelatih sebagai pewaris harapan negara.
Sebagai simbolik perasmian, Encik Muez Abdul Aziz telah menanam pokok Palma di hadapan blok pentadbiran disaksikan oleh Tuan Pengarah IPG KPT dan para hadirin. |
|
Projek Taman Sains yang diusahakan oleh pensyarah, pembantu makmal dan pelajar Jabatan Sains telah dimulakan dengan kerja-kerja penandaan tapak pada 28 September 2013 sempena Hari Hijau IPG KPT 2013. Taman Sains dibina di belakang blok makmal di tapak seluas kira-kira 2500 meter persegi. Pokok-pokok yang ditanam di Taman Sains adalah sumbangan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta sumbangan para pensyarah dan pelajar Jabatan Sains.
Pada 2 dan 3 Oktober 2013, Persatuan Alam Sekitar telah mengambil bahagian dalam pameran Minggu Akademik dan Kokurikulum peringkat IPG KPT. Objektif utama pameran ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kampus akan kepentingan kitar semula dan juga mengumpul dana bagi memperoleh tong-tong kitar semula di kawasan kampus.
Persatuan Alam Sekitar telah bekerjasama sekali lagi dengan PPSPPA, Negeri Sembilan untuk menjayakan pameran ini. Pelbagai bahan bacaan dan produk kitar semula telah dipamerkan oleh PPSPPA bagi memberi pendedahan kepada pengunjung pameran.
Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh persatuan kepada pengunjung. Salah satu daripada aktiviti tersebut adalah menandatangani ikrar ‘fikir hijau’. Pengunjung yang hadir perlu menurunkan tandatangan mereka sebagai ikrar bahawa mereka mengakui setiap hari jumaat merupakan hari ‘fikir hijau’ di kampus. Pada hari tersebut setiap ahli yang menandatangan tidak akan menggunakan bahan plastik, memakai lencana ‘think green’ dan juga melakukan aktiviti mengumpul bahan kitar semula. Usaha ini merupakan satu objektif jangka panjang persatuan terhadap warga kampus. Persatuan akan sentiasa mengingatkan ikrar ini kepada warga kampus melalui bahan hebahan seperti facebook dan juga risalah.
Selain itu, antara tarikan utama pada hari pameran adalah pokok ‘fikir hijau’. Para pengunjung akan menulis mesej hijau mereka di atas kertas terpakai untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha menjaga alam sekitar. Mesej ini digantung pada ranting pokok tersebut. Terdapat aktiviti membuat puppet menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti penyedut minuman (straw) dan juga kertas terpakai. Pengunjung yang hadir berpeluang membuat sendiri puppet menggunakan bahan-bahan kitar semula dengan bimbingan ahli persatuan. Ramai murid sekolah berdekatan yang hadir ke pameran telah turut serta dalam aktiviti tersebut.
Disamping itu, persatuan turut menyediakan tong kitar semula kepada pengunjung yang ingin meletakkan bahan kitar semula. Bahan kitar semula yang dikumpul dijual untuk mengumpul dana persatuan. Pada hari kedua, pameran dimeriahkan dengan kehadiran Dr Lee Boon Hua, Timbalan Rektor IPGM dan juga Pengarah IPGKPT. Kedua-duanya turut menunjukkan sokongan kepada persatuan dengan menurunkan tandatangan dan juga menyalurkan sedikit sumbangan kepada persatuan.

Sebagai pusat latihan guru, penyelesaian masalah kehidupan manusia dengan alam merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru pelatih pada alaf ini. Para guru perlu mendidik generasi muda supaya melindungi alam sekitar dengan amalan lestari supaya biodiversiti yang ada pada hari ini diwarisi oleh generasi akan datang. Usaha kelestarian alam, harus dipupuk dalam diri setiap masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya demi memastikan persekitaran kekal sejahtera untuk generasi anak cucu kita.
|
|